Pages

Sunday, 4 November 2007

The one with... doink~!!!

Perhatian.

Saya adalah telah tersalah tengok. Yaiks~!

Akibat terlalu teringin untuk menyaksikan persembahan Disney On Ice sejak kecil dahulu, the moment saya terlihat advertisement seperti gambar di atas, saya telah memberitahu saudara Kerol bahawa tahun ini kita mesti pergi! Ye, saya sangat teruja.

Untuk tidak menghampakan one of childhood dreams saya, Kerol tanpa ragu2 telah terus bersetuju. Maka saya tanpa melengahkan masa, telah terus menyegerakan urusan pembelian tiket. Hasilnya, pada hari Khamis yang lepas, tiket kami telah pun di confirmed kan. Saya sangat tidak sabar untuk menunggu hari Jumaat depan untuk persembahan Disney On Ice itu. Something I can look forward to while having to go through the hard times at work in this coming week.

AKAN TETAPI.

Sebentar tadi, ketika saya sedang beristirehat bersama Mama.

Mama bertanya,"Eh, betul korang nak tengok Disney On Ice ni? Tadi Mama bace paper kate, Disney Live! Mickey's Magic Show? Takde pun on ice on ice ni??"

Saya menjawab,"Betul laaa" (walaupun agak goyah tiba2).

Mama,"Nah ni cube tengok dalam paper ni".

Saya,"Alaaaaaaaaaaa!!!!!!!".

Hancur luluh harapan saya. Huhu. Tergelak pun ada. Adoiiiii cemane ni??? Ini sah2 sume budak2 je yg datang ni... Mickey's Magic Show... adehhhh.

Maka di sini, dengan tak malu nya, nak mintak pembaca2 sekalian tolong2 laaa tanya2 kot2 ada kawan2 korang yang ada anak yang suke Mickey and friends nih kan... Or maybe korang sendiri nak pergi ke... Boleh la contact saya personally ye. Ada 2 tickets, seating baikkkk punya. Pastu kalau ada anak bawah 2 tahun, free admission. Show Jumaat 9/11/2007, pukul 8.30mlm kat Stadium Putra Bukit Jalil. Harga kita runding kemudian ok? :P For further information, can always check the website.

Saya bukannya taknak pergi, saya sendiri membesar dengan kartun2 Disney. I know almost all of the characters, the theme songs in their movies, etc. Tetapi kalau boleh, saya nak la saving untuk Disney On Ice punye show nanti. Tahun hadapan ke, who knows..? Sebab ingatkan nak la merasa jugak tengok Disney On Ice, at least once, in my entire life... huuu~!

Esok kerja, arghhh!!! Sangat membencikan. Sangat membosankan.

Weekend was great, well spent by attending open houses, chit-chatting with friends, eating Baskin Robbin ice cream (bought on 31st the other day for their 31% off), watching Desperate Housewives Season 4, ANTM cycle 9, .. oh well basically - nothing to do with work!

Alritey... need to catch my hard-to-get beauty sleep. Ciao~!

(Jangan lupe ye, sesape nak tiket 'Disney Live! Mickey's Magic Show' sila la jangan segan untuk bertanya k....)

No comments:

Post a Comment